Niche vs Designer – Apa Perbezaannya Dan Mana Satu Sesuai Untuk Anda?

Niche vs Designer – Apa Perbezaannya Dan Mana Satu Sesuai Untuk Anda?

Pernahkah anda terfikir kenapa ada botol minyak wangi yang harganya ratusan ringgit, manakala ada yang mencecah ribuan ringgit walaupun saiz botolnya sama? Di dunia wangian, kita biasanya membahagikan mereka kepada dua kategori utama: Designer dan Niche.

1. Wangian Designer (Popular & Versatil)

Wangian designer dihasilkan oleh rumah fesyen besar yang kita biasa dengar di pusat membeli-belah.

  • Tujuan: Direka untuk disukai oleh seramai mungkin orang (mass appealing).

  • Bau: Biasanya lebih "selamat," segar, dan mengikut trend semasa.

  • Harga: Lebih mampu milik dan mudah didapati.

  • Contoh: Jenama seperti Chanel, Dior, atau Polo.

2. Wangian Niche (Eksklusif & Artistik)

Wangian niche pula dihasilkan oleh syarikat yang fokus 100% kepada pembuatan minyak wangi sahaja, bukan pakaian atau aksesori.

  • Tujuan: Fokus kepada kreativiti dan kualiti bahan mentah yang jarang dijumpai. Ia bukan untuk semua orang, tetapi untuk mereka yang ingin bau yang unik dan berbeza.

  • Bau: Lebih kompleks. Anda mungkin akan terjumpa nota seperti kemenyan, oud yang sangat pekat, atau gabungan rempah yang jarang ada pada perfume biasa.

  • Kualiti: Biasanya mempunyai ketahanan (longevity) dan projeksi (sillage) yang lebih kuat kerana konsentrasi pati yang tinggi.

  • Contoh: Jenama mewah seperti Xerjoff, Amouage, dan Parfums de Marly.Untitled design (63)